GIVEAWAY DHIA SUMAYYAH ( 20/11/17 - 14/12/17 )

Assalamualaikum Reader :)

Giveaway ni khas untuk membantu LIKES bagi melayakkan anak ena masuk ke final.
Untuk ketahui lanjut contest apa, boleh klik pada entri sebelum ni [ Gugu Gaga Bebe Anugerah ]

SIMPLE BUT EXCLUSIVE GIVEAWAY! FOLLOW, LIKE, COMMENT & SHARE



BOLEH TERUS LIKE, COMMENT & SHARE DI ATAS!!!! ATAU,
PICIT GAMBAR DI BAWAH DAN LIKE, COMMENT & SHARE


Syarat untuk menyertai :-

1) Buat entri bertajuk - GIVEAWAY DHIA SUMAYYAH (20/11/17 - 14/12/17)


TEKAN SEKALI DALAM KOTAK, KEMUDIAN, TEKAN CTRL C UNTUK SALIN

2) COPY LINK di dalam kotak yang disediakan di atas dan PASTE ke Entri post anda!

3) FOLLOW blog Ena

4) SIMPLE REVIEW berkenaan blog Ena [ TINYNASWEET ]

5) LIKE, KOMEN & SHARE gambar Dhia Sumayyah di Facebook dengan cara :

    a) Tekan butang ini [ LIKE ] LIKE lebih dari 1, ada MARKAH EXTRA!!!
    b) Tinggalkan komen di ruangan tersebut "DONE LIKE DARI ......(LINK BLOG TANPA WWW & COM)......?''
    c) Tekan butang share dan pastikan "Public"

6) Like page [ MYPerodua Club ]

7) Setelah selesai tugasan, tinggalkan entri link di ruangan komen dibawah supaya Ena boleh terjah ke entri masing - masing. TQ



 SENARAI HADIAH MENARIK 


Pemenang di pilih berdasarkan SIMPLE REVIEW paling awesome!
Taknak panjang2 ye.. Simple dan ikut kreativiti masing2.

PEMENANG PERTAMA : JAM TANGAN PINTAR SMARTWATCH BERNILAI RM192

PEMENANG KEDUA : TSHIRT MYPERODUA CLUB EDISI DIAMOND GOLD BERNILAI RM70

PEMENANG KETIGA : LANYARD MYPERODUA CLUB BERNILAI RM36




Ena sebagai President MYPerodua Club memang berbesar hati nak hadiahkan semua ni kepada korang.

GIVEAWAY INI TERBATAL SEKIRANYA PENYERTAAN KURANG DARI 50 ORANG! MOHON HEBAHKAN KEPADA SEMUA BLOGGER SEANTERO MALAYSIA. TQ

Semoga Berjaya !!!!!!

Siapa nak free Shawl? Caranya mudah sahaja

Assalamualaikum Reader :)


TAK PERLU BUAT ENTRI

TAK PERLU FOLLOW BLOG
.
.
HANYA MENGGUNAKAN AKAUN FACEBOOK ANDA :)
.
.
.
Syarat2 penyertaan di FB.

1) Klik contest DI SINI
1) Share POSTING ni dan "public".
2) Tinggalkan komen #sayanaknatashashawl
3) Wajib like page HANAH ALI CLOTHING

CONTEST TAMAT PADA HARI AHAD 26HB NOV JAM 12 TENGAH MALAM.



Shawl Bridesmaid || Natasha Shawl
💖 Material : Heavy Chiffon
💖 Measurement : 1.8 m x 0.65 m
💖 Shawl straight cut
💖 Ade 6 warne kesemuanye (Hot Pink , Navy Blue, Dark Purple, Emerald Green, Maroon & Fuschia)



Review from Ena

Banyak pilihan color, malah korang boleh pilih color lain.

Material tak panas. Pakai pon mudah terbentuk

Rate harga RM29 - RM45. Tak rugi beli. Berkualiti.


Ni design tahun lepas.. Ena borong sampai 7 helai. Material masih okey dan tak mudah carik.

GOOD LUCK MY FRIENDS :)

#Wordless Wednesday - 3 | Dhia Sumayyah 6 Bulan


Banyak burger bertingkat2 (^_@). Kuat nyusu si kecik ni.

4th Wedding Anniversary 15/11/2013 - 15/11/2017

Assalamualaikum Reader :)

Syukur dah 4 tahun ena menjadi isteri dan dalam masa sama 2 tahun  menjadi ibu. Walaupun usia perkahwinan masih baru tapi rasa macam dah lama je kahwin..Hehe.. 

Harini nak feeling2 pengantin baru. :) 
Lama perap gambar takde share sangat pon gambar kahwin ni. Tapi saje nak abadikan dalam blog kali ni.









Suka gambar ni sebab kena dukung. Haha.. Letih oooiiii pakai heel.

Lokasi photoshoot ni di Kota Iskandar, Johor.

Last But Not Least :)

Shooting Rancangan Tumit Tinggi RTM TV1 | Program Majalah Wanita

Assalamualaikum Reader :)

Alhamdulillah kali ini ena diberi peluang untuk muncul di kaca tv di bawah terbitan RTM bagi satu program majalah wanita iaitu "Tumit Tinggi" yang memaparkan mengenai pelbagai isu berkaitan wanita yang menyentuh tentang aspek kejayaan, permasalahan dan gaya hidup.

Siaran ini telah pon bermula pada bulan April 2017.


Dua personaliti cantik, Ain Edruce dan Sarah Hildebrand merupakan pengacara dan disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Ahad, pukul 12.05 tengah hari di TV1.


Dibahagikan kepada tiga segmen yang dipaparkan setiap minggu iaitu Hebat & Bergaya, Jom Bantu dan Bersama Blogger. 

Tetapi yang bestnya untuk episod ena ni merupakan segmen terbaru iaitu "Tips". Jadi ena rasa bertuah sangat akan terlibat sebanyak 3 episod. Haaa.. walaupun durasi tayangan adalah pendek tapi tips yang ena kongsikan ini dapat 3 kali tayangan untuk 3 tips yang berbeza.

Dijangka episod ena akan ditayangkan pada awal tahun hadapan bulan Januari 2018.


Antara wanita berjaya yang terlibat adalah pelakon dan usahawan cantik, Noor Neelofa Mohd Noor, pengarah serta pengasas Naelofar Hijab.


Pengasas Butik Telekung Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, Padzilah Enda Sulaiman.


Blogger hebat Fatin Suhana, seorang penulis blog muda juga usahawan pakaian dan tudung wanita.

Sebenarnya.. Ramai lagi blogger yang terlibat dalam program ni. Malah ena juga tumpang gembira buat mereka.

Ena tidaklah sehebat mana tetapi peluang yang diberikan sangat memberi inspirasi untuk mencabar lagi kebolehan diri.



Masa first intro ni memang ena gugup sangat.. Nasib pihak produksi banyak membantu cara menyampaikan dialog dengan lebih baik.

Sebenarnya skrip mula2 hafal tapi bila tengok kamera terus hilang. Hehe.. terpaksa bagi spontan je.


Nantikan first episod tips yang akan ena kongsikan berkaitan kereta anda :)



Masa ni confident level dah up sikit.. Tu yang nampak yakin bercakap. Seronoknya sebab lepas hujan. Maka takdelah rasa berpanas sangat.




Rasa berbesar hati sebagai Presiden Kelab, sangat bertanggungjawab membantu wanita di luar sana untuk menjaga kereta dengan cara yang betul.

Jangan lupa saksikan banyak lagi scene menarik dan tips yang ingin ena kongsikan bagi wanita tidak mudah tertipu dan dipandang rendah oleh kaum lelaki. :)


Senarai Supporter :

Presiden ----> RANGER MYPERODUA CLUB ☆ RMPC
Boleh lihat produk kami di sini.

Wrap kereta (Lime Green) ----> JFA Garage & Car Boutique
Untuk dapatkan harga ahli sebanyak RM1700 (Harga asal RM2800) boleh wassap ena di SINI

Yakin dengan senyuman ----> Nucifera Teeth Whitening
Contact Zara di SINI

TQ Reading :)

#Wordless Wednesday - 2 | Dhia Sumayyah 4 Bulan



Masa ni Sumayyah first time masuk contest dan menang..hehe.. Rezeki.

Petua Mudah Bersalin Dan Cepatkan Bukaan Rahim

Assalamualaikum Readers :)

Bagi wanita yang bakal melahirkan anak sulung, pasti akan rasa nervous sebab takut susah bersalin nanti. Termasuk ena juga masa mula2 mengandungkan Sumayyah.

Petua ini ena dapat dari kalangan makcik2 ena sendiri, banyakkan membaca dan membuat kajian. Oleh itu, ena ingin kongsikan bagaimana ena mudah bersalin.
.
.
.
Pengalaman Bersalin - 37 minggu 3 hari

29/8/2015 6.00 petang ( Keluar Tanda )

Masa ni tak sakit lagi. Ena mula rasa perut memulas nak buang air besar. Ena alami cirit birit selama setengah jam dalam toilet.. Ena tak tahu pon ni salah satu tanda nak bersalin sebab ikutkan due ena lagi 2 minggu (17/9/2015). Haaaa lama kan.. 

Pukul 7.00 malam tiba2 air ketuban pecah. Masih tak rasa sakit lagi. So relax2 lah baring dulu. Sebab nak pergi hospital macam awal lagi kan.

Pukul 8.30 malam pon masih tak rasa sakit. Maka mula tak sedap hati sebab air ketuban dah pecah lama, untuk elakkan apa2 berlaku, ena pon pergilah hospital.

Setelah masuk wad dalam pukul 9.00 malam, ena mula rasa contraction. Masa ni rasa dalam 10 - 15 minit sekali.. Masih sakit biasa2 lagi. Cek bukaan baru 1 cm.


30/8/2015 2.00 pagi ( Bersalin )

Sakit paling kuat dalam setiap saat dan mula susah nak berjalan tu dalam pukul 1.00 pagi. Gagahkan diri berjalan nak minta nurse cek bukaan lagi. Nurse cek dah buka 7 cm. Maka, terus masuk labour room. Nurse pon gelabah kelam kabut prepare barang. 

Ena ni rasa nak push je tapi nurse suruh tahan. Serious memang tak tahan sebenarnya. And last ena bersalin tepat 2.00 pagi. 

Nurse tu asyik tanya ena ada minum air selusuh ke? Ena memang tak pernah minum air selusuh pon. Tak sempat buat sebenarnya. Ena banyakkan bersenam lagi2 masa contraction tu.
.
.
.
Tips Mudahkan Bersalin

1. Minum air Anugerah


Air Anugerah adalah air yang bersifat alkali untuk membantu menghilangkan kesakitan rohani dan jasmani anda. Disebabkan ena trauma keguguran 2kali dan sering di ganggu (BACA SINI) , maka sepanjang kehamilan sentiasa amalkan air anugerah. 


2. Doa Nabi Yunus


Doa ini sangat mudah diamalkan. Lagi2 di saat dekat nak bersalin.


3. Makan Set Hamil Salindah (B1 -B6)


Ingin lahirkan anak pintar, cerdas, kuat tulang & gigi, keletah, comel, & cantik kulit, mulakan dengan B1, B2 & B3. ( Yang ni ena akui memang tulang Sumayyah kuat sejak lahir. Kepala anak cepat tegak ).

Untuk mudah bersalin ( B4, B5 & B6).

Ena memang suggest sangat2 kepada ibu2 mengandung makan Salindah ni sebab nampak Sumayyah cepat belajar dan hafal. Harga dalam RM200 lebih. Rasa pon manis je.

Masa contraction dari 1 cm sampai dah nak masuk labour room tu memang ena banyak makan set B6. Setiap 15 minit ena kemam sebiji. Insya-Allah cepat bukaan.


4. Senaman 3S + 1Z

Kenapa ena kata 3S +1Z? Sebab ada 3 jenis senaman yang ena amalkan. Sambil senam tu disertakan dengan zikir "Ya Fattah (Maha Membukakan)".


Senaman 1 - Jari Hantu di Pusat

Senaman 3S ni boleh mulakan pada kehamilan 8 bulan ke atas. Paling ringkas adalah sambil duduk, Letakkan jari hantu di tengah pusat sambil pusing lawan jam dan zikir "Ya Fattah".


Senaman 2 - Lying Side Leg Raises


Senaman ni sangat efektif. Masa dah kena tahan wad nak bersalin tu ena amalkan senaman ni di atas katil untuk cepatkan bukaan. Sebab nak duduk atau baring memang tak larat rasa sakit. 

Gerakkan kaki ke atas ke bawah berulang kali sambil zikir "Ya Fattah".


Senaman  3 - Pose Tailor or Butterfly Pose ( Gerakan Duduk Bersila )


Senaman ni dah boleh amal pada usia kandungan 9 bulan sehingga di hujung kehamilan. Gerakkan badan ke depan berulang kali sambil zikir "Ya Fattah".


5. Baca Surah Maryam dan Surah Yassin


Ena amalkan surah Yusuf ketika hamil 3 bulan (Persediaan ditiupkan roh )
Surah Luqman ketika hamil 6 bulan ( Perkembangan otak anak bermula)
Surah Maryam dan Surah Yassin ketika hamil 8 bulan (Permudahkan bersalin)

Bermula kandungan 8 bulan dah boleh amalkan surah berikut setiap hari sehingga hampir bersalin.


6. Minum air hujung rambut

Amalkan pada kandungan 9 bulan ketika mandi, minum air hujung rambut sambil niatkan "Ya Allah, engkau permudahkan aku bersalin sepertimana selajunya air mengalir melalui rambutku ini".


7. Minta maaf kepda suami.

Yang ni perkara penting sebelum bersalin. Pastikan sempat untuk minta ampun dengan suami. Minta doakan isteri dimudahkan bersalin.


Semoga bakal2 ibu dipermudahkan bersalin. Aaamminnn.. 
Ada petua lain yang ingin dikongsikan? Sila berikan komen di bawah. TQ.


Cara Menghilangkan Keputihan

Assalamualaikum Reader :)

Sejujurnya ena baru tahu tentang keberkesanan dengan memakan yogurt ni.

Tapi ingat yogurt asli.. bukan yang manis2 tu..

Yogurt ni ena tahu dari page FB Info Ibu Hamil.

Rupanya ramai ibu2 yang akui yogurt asli dapat menghilangkan keputihan.

Malah doktor di Klinik Kesihatan pon sarankan makan yogurt asli ni.

Sangat bagus untuk membunuh bakteria jahat.


Natural Set Yogurt Nestle

Baru beli harini di pasaraya harga dalam RM6.10 untuk 470g.

Rasanya??? Erkkk.. bagi ena memang tak berapa sedaplah sebab tawar dan masam. Tapi maybe korang suka kot.

So siapa yang ada masalah yang sama, boleh cuba makan ni.

Ada sesetengah komen yang ena baca, mereka sapu di bahagian sulit sebelum tidur dan cuci pada esok pagi..huhu.. Its up to you kalau nak try.

Selamat Mencuba !